Setiap tahun, seekor bangau yang diberi nama Klepetan akan terbang meninggalkan pasangannya yang tidak boleh terbang untuk bermigrasi ke Afrika Selatan.

Bangau betina, Melena, tercedera 22 tahun yang lalu akibat diburu, menyebabkan dia tidak dapat terbang lagi.
Advertisement


Penjaga kepada bangau berkenaan, Stjepan Vokić, telah membina sarang di atas bumbung rumahnya di sebuah perkampungan kecil di Brodsko Varoš, Crotia, dan menjaga bangau betina tersebut ketika ketiadaan bangau jantan.




Dipetik daripada laman Total Crotia News, lelaki berkenaan memberitahu bahawa bangau terbabit akan terbang meninggalkan pasangannya setiap kali bulan Ogos dan pulang mencari pasangannya itu pada bulan Mac.

Bangau pun setia!
Sumber: Total Crotia News