Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penduduk Terkejut Temui Bangkai Gajah Betina Di Tepi Jalan, Didakwa Termakan Racun

Kisah menyayat hati apabila bangkai seekor gajah betina ditemui di tepi Jalan Empangan Pedu berdekatan Kampung Pinang, Pedu, pada Selasa.

penduduk terkejut temui bangkai gajah betina di tepi jalan, didakwa termakan racun

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, selaku penduduk, Shazwan Ismail, 25, memaklumkan seorang jirannya yang keluar menoreh getah kira-kira jam 7.30 pagi yang menemui bangkai haiwan liar tersebut.

“Gajah itu ditemukan mati dalam keadaan terduduk dan terdapat kesan darah bersama najisnya berkemungkinan termakan racun atau baja tanaman kebun.

“Penduduk kampung sudah lebih sebulan melihat sekumpulan tujuh gajah berkeliaran di kawasan kebun getah, ada kemungkinan gajah betina ini salah seekor daripada kawanan haiwan liar itu,” katanya.

penduduk terkejut temui bangkai gajah betina di tepi jalan, didakwa termakan racun

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim, berkata pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi.

Tambahnya, punca kematian gajah berkenaan masih lagi disiasat pihaknya dan laporan berkenaan akan dikemukakan secepat mungkin.

“Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur akan turun ke lokasi untuk menyiasat punca kematian gajah ini.

“Saya perlu tunggu laporan mereka terlebih dahulu,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro
 

ERA Muzik Hit Terkini