Baru-baru ini, tular foto dilaman sosial menunjukkan sebuah bangunan di Jalan Conlay, Kuala Lumpur yang kelihatan condong dan menimbulkan kegusaran orang ramai.

Advertisement
Gambar projek pembinaan 8 Conlay itu kelihatan condong membuatkan orang ramai tidak melalui kawasan berkenaan kerana risau ia akan runtuh.
Assalamualaikum. Ada siapa siapa boleh confirmkan? Betul ke. Dpt info massive jamm. Really appreciate if someone can confirm it? Safe drive be safe. pic.twitter.com/l9fLh53Uic
— FDA (@faiqfikrey) December 23, 2019

Bangunan yang dibina berhampiran dengan pusat membeli-belah Pavilion itu bagaimanapun tidak condong seperti yang didakwa, sebaliknya ia memang direka sedemikian, membuatkannya kelihatan seperti itu.
Menurut pemajunya, KSK Land berkata, reka bentuk unik itu akan menjadikan 8 Conlay sebagai salah satu menara kediaman berkembar tertinggi di dunia yang dipanggil YOO8. Ia juga dirancang oleh RSP Architects KL.

Soal keselamatan pekerja dan tapak pembinaan menjadi keutamaan mereka dalam membangunkan bangunan berkenaan.
Sumber: Sinar Harian