Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Banjir Di Johor Makin Pulih, Pahang Dan Sabah Pula Kian Serius

Keadaan banjir di Pahang dan Sabah dilihat semakin serius dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semakin meningkat.

banjir di johor makin pulih, pahang dan sabah pula kian serius

Advertisement

Raub menjadi daerah ketiga dilanda banjir selepas Rompin dan Temerloh dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,206 orang daripada 339 keluarga yang ditempatkan di PPS.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 56 orang daripada 15 keluarga diarahkan berpindah ke Dewan Kampung Kuala Gali dan Masjid Baru Kampung Ajai di Raub, Pahang.

Di Rompin pula, jumlah mangsa meningkat kepada 1,127 orang daripada 320 keluarga berbanding 1,044 mangsa daripada 269 keluarga petang tadi.

banjir di johor makin pulih, pahang dan sabah pula kian serius

Manakala di Temerloh, bilangan tidak berubah kepada 23 orang daripada empat mangsa yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Paya Luas.

Sementara itu hujan lebat berterusan di Kudat, Sabah telah meningkatkan jumlah mangsa kepada 855 daripada 263 keluarga, berbanding 40 mangsa daripada 11 keluarga yang dpindahkan pada petang semalam.

banjir di johor makin pulih, pahang dan sabah pula kian serius

banjir di johor makin pulih, pahang dan sabah pula kian serius

Di Johor, keadaan banjir dilihat semakin pulih dengan jumlah mangsa menurun kepada 8,544 orang daripada 9,144 mangsa.

Sumber: BERNAMA

ERA Muzik Hit Terkini