Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Banjir Kilat Di Yan, Kedah: Dua Mangsa Meninggal Dunia, Empat Orang Mangsa Masih Belum Dijumpai Setakat Ini

Banjir kilat yang melanda lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai mengakibatkan banyak taman perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok mengalami kerosakan teruk.

banjir kilat di yan, kedah: dua mangsa meninggal dunia, empat orang mangsa masih belum dijumpai setakat ini

Advertisement

Bencana itu yang berlaku kira-kira jam 3 petang pada Rabu berpunca daripada hujan lebat dan fenomena kepala air, ia bukanlah berpunca daripada pembalakan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, pelbagai agensi dikerahkan ke lokasi untuk operasi menyelamat mangsa yang terlibat bencana ini.

banjir kilat di yan, kedah: dua mangsa meninggal dunia, empat orang mangsa masih belum dijumpai setakat ini

Setakat ini, jumlah mangsa hanya 23 orang di mana dua orang mangsa telah meninggal dunia, seorang cedera parah, empat orang mangsa masih belum dijumpai dan 16 orang telah berjaya diselamatkan dan dalam keadaan baik.

Pihak Bomba masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat di kampung yang terjejas akibat bencana tersebut.

Sumber: Bomba Kedah
 

ERA Muzik Hit Terkini