Teknologi masa kini mungkin memudahkan bank mengira kepingan duit syiling dengan hanya menggunakan mesin. Tetapi bagaimana pula jika duit syiling itu adalah jenis syiling lama?
Itu yang terjadi di sebuah bank di Jerman apabila mereka mengambil masa selama enam bulan untuk mengira 1.2 juta duit syiling yang diwariskan seorang lelaki kepada keluarganya.
Advertisement

Syiling berkenaan peninggalan seorang pemandu trak yang menyimpan syiling 1 pfennig dan 2 pfennig selama 30 tahun.
Walaupun Jerman kini menggunakan mata wang Euro, bank pusat Jerman masih menerima wang berkenaan.

Selepas semua 1.2 juta syiling itu dikira, bank menukarkannya dengan mata wang euro yang berjumlah 8,000 euro, atau kira-kira RM38,757
Sumber: DW