Kanak-kanak masa kini mungkin sudah terdedah dengan pelbagai video tutorial solekan. Disebabkan itu, semakin ramai kanak-kanak yang nampak cantik bagaikan orang dewasa seawal usianya.
Menerusi foto yang tular dilaman sosial baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan dilihat dihias rapi dan memperagakan pakaian bagaikan peragawati dewasa.
Advertisement

Difahamkan, kanak-kanak tersebut berasal dari wilayah Chumphon, Thailand dan dikenali dengan nama Baifern Freya.


Freya dikatakan menyertai pertandingan pencarian ikon kanak-kanak Thailand, 'Mister & Mss Teen Thailand 2019' pada bulan lalu. Fotonya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Shanti Hara yang juga ibunya sebelum ia tular dilaman sosial.
Namun begitu, ada warganet yang membantah penyertaan kanak-kanak seawal usia ini diatas pentas peragaan sambil menyifatkan ia sebagai salah satu eksploitasi kepada kanak-kanak.
Walaupun saya selalu tweet pasal beauty pageants (pertandingan ratu cantik), tapi saya tidak setuju jika kanak kanak terlibat dalam pertandingan ini. https://t.co/LHKcl8rkNG
— Nadia J (@AchuNadia) November 7, 2019
Yes. Ini salah satu eksploitasi. Kanak2 itu harus menjadi kanak2. Dan dunia peragaan ni bukan dunia kanak2. Kesian dia, kecik2 dah hilang nikmat kanak2
— Sidek (@MsidekJ) November 7, 2019
Nnti dia dh bsr xde memori childhood
— あいしてる (@izzulirsyad1114) November 8, 2019
Yup, tak sesuai untuk kanak-kanak.
— نوفل ازيم | Naufal Azim (@naufalazimm) November 8, 2019
Harus bertindak seperti kanak-kanak. Pertandingan constume as an example.
Lagipun, zaman sekarang ramai silent pedophile di socmed.
Me too. Expose kepada pihak tak bertanggungjawab seperti pedophile. Bahaya.
— M (@tekatekims3) November 7, 2019
Setuju. Saya merasakan, kanak-kanak tak sepatutnya dipakaikan seperti orang dewasa. It's still early, they should be wearing yang sepatutnya at their age.
— syvx (@syuisnotshu) November 8, 2019
Agreed.
— Angel Whisper (@tairas_ben) November 8, 2019
Children are not allowed to participate in beauty contest...
Apa pula pendapat anda?