Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan kepada individu terjejas akibat pandemik Covid-19 mulai hari ini, Selasa.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bantuan disalurkan secara sekali bayar (one-off) untuk dimanfaatkan kepada 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.
Advertisement

“BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tahun 2021.
“Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober melalui Portal BKP iaitu https://bkp.hasil.gov.my,” katanya.
Kerajaan menyedari keluhan ramai yang kehilangan punca pendapatan mengenai kesukaran meneruskan kehidupan seharian.
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) October 25, 2021
Selari dengan dasar kerajaan, tiada ahli Keluarga Malaysia yang akan tersisih dan kerajaan akan memastikan kemakmuran ekonomi akan dinikmati bersama. pic.twitter.com/Mn2lv81pNe
Tambahnya, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat Covid-19 sentiasa terbela.
“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian