Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran semakin banyak negara yang dilihat cuai dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Ia secara tidak langsung boleh meningkatkan risiko jangkitan, melainkan orang ramai berdisiplin dengan mengamalkan penjarkan sosial, membasuh tangan, memakai pelitup muka dan tidak keluar rumah jika bergejala.
Advertisement
"Saya mahu berterus-terang dengan anda. Tidak akan berlaku kembali kepada 'normal lama' pada masa depan setakat yang dapat diramalkan.
"Biar saya menyatakan tanpa berselindung: terlalu banyak negara menuju ke arah yang salah.
"Virus itu kekal musuh nombor satu kepada awam, namun banyak kerajaan dan orang mengambil tindakan yang tidak menggambarkan keadaan berkenaan," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Sehingga kini, sudah 13 juta kes jangkitan COVID-19 direkodkan di seluruh dunia, dengan 575,540 kematian.

Sumber: NYT