Dunia ketika ini sedang bertungkus-lumus memastikan penularan wabak koronavirus (COVID-19) dihentikan melalui pelbagai cara dan langkah pencegahan.

Seorang bapa telah mengambil langkah keselamatan dengan caranya sendiri apabila memasang sempadan kuarantin dalam keretanya selepas terpaksa menjemput anaknya di lapangan terbang yang baru sahaja pulang dari Itali.
Advertisement
Kejadian yang berlaku di Thailand selepas seorang bapa berkongsi foto menunjukkan kereta miliknya dipasangkan dengan plastik penghadang bersama-sama hos yang dipasangkan kepada air-cond terus kepada bahagian penumpang dibelakang.

Selepas menjemput anaknya di airport, beliau membawa anaknya ke tempat isolasi khas bagi memastikan anaknya itu tidak membawa sebarang jangkitan COVID-19.
Tempat isolasi berkenaan juga dibuat untuk anaknya, dilengkapi dengan kemudahan internet dan lain-lain.

Tindakan bapa berkenaan turut mendapat pujian ramai yang memuji tindakannya bagi mengelakkan wabak ini daripada terus merebak.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Sinchew