Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Datuk Azizulhasni Terima Berita Duka, Bapa Meninggal Dunia Akibat Strok Awal Pagi Tadi

Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berkongsi berita duka setelah kehilangan bapanya, Awang Embong, 72, yang menghembuskan nafas terakhir akibat strok awal pagi tadi.

Menurut abang ipar Azizulhasni, Mohd Razman Mohamad berkata Allahyarham Awang meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi di rumahnya di Dungun, Terengganu.

Advertisement

datuk azizulhasni terima berita duka, bapa meninggal dunia akibat strok awal pagi tadi

Difahamkan, sudah empat hari Allahyarham dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Terengganu untuk menerima rawatan sebelum dibenarkan pulang petang semalam.

“Doktor benarkan arwah pulang dalam keadaan baik, dan kelihatan ceria sebelum meninggal dunia, kami sekeluarga amat terkejut dengan pemergian Allahyarham, namun harus redha dengan ketentuan ilahi,” katanya.

Tambahnya, solat jenazah akan dilakukan selepas solat Zohor di Surau Ustaz Omar Shukri sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, Dungun.

Malah, Datuk Azizulhasni Awang turut berdukacita setelah mendapat perkhabaran tersebut dan berkongsi di laman Instagramnya.

“Assalamualaikum semua. Untuk makluman, ayah saya Awang Bin Embong telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi.

“Semoga Ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” tulisnya di kapsyen.

Sumber: Bernama

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini