Tidak mudah bagi mana-mana ibu dan bapa tunggal hidup membesarkan anak serta menyara keluarga sendiri tanpa isteri atau suami.
Begitu yang dirasai oleh seorang lelaki dari Cianjur, Indonesia ini apabila videonya yang tular menunjukkan kesusahan yang dirasai apabila beliau perlu mencari rezeki sambil menjaga agaknya yang masih kecil.
Advertisement

Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Instagram Visit Cianjur menunjukkan lelaki ini yang bekerja sebagai penampal tayar, mengendong anaknya sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Isterinya baru sahaja meninggal dunia hingga memaksa beliau membawa anak yang tertidur pada bahunya disebelah kiri, sambil tangan kanannya mencari rezeki buat keluarga.

Video berkenaan mendapat perhatian warganet yang rata-rata bersimpati dengan nasib bapa tunggal ini.
Sumber : Visit Cianjur