Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Demi Perkahwinan Anak, Bapa Nekad ‘Modify’ Kereta Sport Lama Berusia Hampir 27 Tahun

Seorang bapa sanggup mengubahsuai kereta lama yang dibeli ketika kelahiran pertama anaknya pada 27 tahun lalu untuk perkahwinan anaknya.

David Towned berusia 60 tahun memiliki kereta model MG Midget 1974 pada 1994 yang berharga £300 (RM1,728).

Advertisement

demi perkahwinan anak, bapa nekad ‘modify’ kereta sport lama berusia hampir 27 tahun

Hasrat David ingin membuat ubahsuai kereta itu sudah lama disimpan tetapi ia tertangguh akibat banyak perkara yang berlaku dalam hidupnya.

Namun, tindakan ubahsuai kereta dilakukan apabila Michael anak lelakinya mahu menggunakan kereta bapanya ketika hari perkahwinannya.

demi perkahwinan anak, bapa nekad ‘modify’ kereta sport lama berusia hampir 27 tahun

Kini, David yang menetap di Poole, Dorset terletak di England sudah selesai melakukan pengubahsuaian kereta lamanya itu khas untuk digunakan ketika hari bersejarah anaknya nanti.

Hari perkahwinan anaknya terpaksa ditangguh dahulu susulan pandemik COVID-19 yang semakin menular sekarang.

Sumber: Mirror

ERA Muzik Hit Terkini