Skip to main content

Advertisement

Hiburan

''Abah Nak Cuba Boleh? Abah Tak Pernah Pakai'', Sebak Lihat Video Bapa Teringin Pakai Jubah Konvo Anak

Selain pelajar, ibu dan bapa merupakan individu yang turut bersemangat dan gembira dimajlis konvokesyen. Mana tidaknya, ibu dan bapa pasti merasai kegembiraan ini selepas banyak berkorban demi melihat kejayaan anak mereka.

Terbaru menerusi laman Twitter, Aiman Hamizan, beliau telah berkongsi video yang menunjukkan gelagat bapanya yang meluahkan rasa teringin untuk mencuba jubah konvokesyen beliau kerana tidak pernah berpeluang untuk memakainya sebelum ini.

Advertisement

Video yang mendapat jumlah tontonan sehingga 1.1 juta dilaman Twitter itu juga telah menarik perhatian ramai dan ada juga warganet yang berkongsikan momen serupa.

Tahniah kami ucapkan juga buat semua graduan yang sudah selamat bergraduasi!

ERA Muzik Hit Terkini