Kegembiraan ketika mendirikan rumah tangga bukan sahaja dirasai oleh pasangan yang bernikah, malah ia turut dirasai oleh ahli keluarga khasnya ibu dan bapa.
Menerusi video tular di media sosial, seorang bapa tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila anaknya sah dinikahkan.
Advertisement

Lebih mengejutkan, bapa yang terlampau teruja itu secara tidak sengaja menepuk meja sehingga meja itu pecah.

Video berdurasi 38 saat menunjukkan pengantin lelaki berkenaan melafazkan akad nikah di hadapan tok kadi dan bapa pengantin perempuan berada di tengah, tekun mendengar lafaz nikah daripada kedua-dua pihak.
Selepas pengantin lelaki melafazkan akad nikah, si bapa terus menjerit sah sambil menepuk meja dihadapannya. Suasana terus bertukar menjadi riuh dan lucu dengan gelagat yang ditunjukkan bapa berkenaan.
Wait for it pic.twitter.com/fp4NMow9bs
— Hadi Nor (@hadi_nor) July 1, 2020
Para tetamu yang hadir juga turut tertawa dengan aksi bersahaja bapa itu, malah anak serta menantunya juga tersenyum dengan galagat bapaya yang terlampau excited!

Sumber: Twitter.