Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hiburan Aneh Iaitu Baring Dalam Keranda Sambil Dikelilingi Zombi

Akibat daripada pandemik COVID-19, ramai yang terkesan baik dari segi kewangan sehinggalah kesihatan mental.

Disebabkan itu, sebuah syarikat produksi di Jepun telah menawarkan hiburan aneh kepada mana-mana individu yang mahu melepaskan tekanan, iaitu dengan berbaring dalam sebuah keranda sambil ditakut-takutkan oleh sekumpulan zombi.

Advertisement

hiburan aneh iaitu baring dalam keranda sambil dikelilingi zombi

Menurut syarikat produksi Kowagarasetai atau “Scare Squad”, hiburan ini diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada orang ramai dengan menjerit sepuas-puasnya.

hiburan aneh iaitu baring dalam keranda sambil dikelilingi zombi

Mereka yang mengambil bahagian dalam hiburan ini akan membayar beberapa yen, dan akan ditakutkan oleh zombi selama 15 minit dengan berbaring dalam sebuah keranda kaca.

hiburan aneh iaitu baring dalam keranda sambil dikelilingi zombi

Korang sanggup tak?

Sumber: Metro

ERA Muzik Hit Terkini