Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Filem Captain Marvel 2 Mungkin Perkenalkan Ahli Baru Avengers

Filem Captain Marvel 2 telah diumumkan akan ditayangkan pada Julai 2022.

Menerusi filem ini, peminat mengandaikan pasukan baru Avengers akan diperkenalkan dengan Brie Larson sebagai ketua menggantikan Tony Stark.

Advertisement

Filem Captain Marvel 2 akan mengambil jalan cerita Secret Invasion yang kini sedang digunakan untuk Siri Disney+.

Dalam versi komik, pasukan New Avengers akan disertai oleh Captain America, Iron Man, Wolverine, Spider-Man, Luke Cage dan ramai lagi.

filem captain marvel 2 mungkin perkenalkan ahli baru avengers

Bagaimanapun seandainya jalan cerita Secret Invasion diambil kira, Captain Marvel 2 adalah platform terbaik untuk memasukkan dua atau lebih watak X-Men sebagai permulaan untuk Marvel memperkenalkan X-Men dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

filem captain marvel 2 mungkin perkenalkan ahli baru avengers

Namun, untuk memperkenalkan wajah-wajah baru dalam geng Avengers, ia perlu hadir dalam filem dan projek mega terlebih dahulu untuk menggabungkan Avengers sedia ada dengan watak baru ini.

Bagi memastikan ia benar atau tidak, sama-sama kita tunggu dan lihat sendiri Captain Marvel 2 pada Julai nanti.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini