
Kebiasaannya apabila mencuci pinggan, pastinya kita akan menggunakan sabun. Tetapi berlainan pula dalam sebuah video yang tular ketika ini di media sosial apabila team rewang di kenduri kahwin ini mencuci pinggan mangkuk menggunakan pasir bagi menggantikan sabun untuk menanggalkan kekotoran minyak.
Advertisement
Rata-rata netizen yang melihat video ini sangat teruja dengan keunikan ini. Ada yang memberikan komen bahawa ini adalah cara tradisional membasuh pinggan yang digunakan oleh orang dulu pada tahun 60/70 an ketika mereka mengadakan kenduri kahwin.
@hanifwafi_ Kenduri kendara rewang style, This is Gerik boss hehe.
♬ original sound - Hanif wafi
Kredit tiktok hanifwafi_