
Terdapat satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Mindfulness 2015 menemui cara berkesan untuk melegakan tekanan iaitu dengan membasuh pinggan.
Advertisement
Menurut kajian terbabit, selain daripada berangan atau termenung, memfokus kepada aktiviti membasuh pinggan dapat melawan tekanan kerana tumpuan kita diberikan sepenuhnya kepada rasa makanan, suhu air dan bau sabun.

Kajian itu juga merumuskan bahawa dengan memberi tumpuan pada satu masa membolehkan kehadiran kesedaran yang lengkap, dan ini meningkatkan kualiti tidur, mengurangkan rasa gelisah dan melawan tekanan.
Sumber: Business Times