Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini secara tidak langsung memaksa superhero, Batman untuk bersama-sama turun padang memberikan sokongan.

Batman tersebut adalah seorang lelaki dari negara Mexico yang tidak dikenali, siap memandu sebuah kereta 'Batmobile', dilihat menjadi antara barisan hadapan dinegara berkenaan.
Advertisement
Lelaki misteri terbabit dilihat memainkan pesanan yang dirakam dari Batmobile miliknya, menasihatkan orang ramai agar kekal berada dirumah dan bersama-sama melawan wabak COVID-19.

"Hey awak! Duduk rumah, elakkan untuk keluar dan bersama-sama kita menjadi superhero melawan koronavirus. Saya tidak boleh lakukan ini seorang diri", kata pesanan suara berkenaan.
Setakat ini, pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Batman itu dan membenarkan dia melakukan kerjanya sendiri.