Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Batuk Tak Henti Selama 14 Tahun Rupanya Ada Tulang Ayam Tersekat

Seorang wanita dari China tidak menyangka penyakit batuk tak henti-henti selama 14 tahun adalah berpunca daripada tulang ayam yang tersekat pada peparunya.

batuk tak henti selama 14 tahun rupanya ada tulang ayam tersekat

Wanita berkenaan yang mula menderita sakit batuk sejak dari usianya tujuh ke lapan tahun, telah beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital sebelum ini namun ia tidak membuahkan hasil.

Advertisement

Doktor yang selama ini merawat wanita berkenaan juga tidak berupaya mengesan sebarang punca penyakit batuk, malah ubat yang diberikan selama 14 tahun lalu juga tidak berkesan meredakan batuknya itu.

Namun selepas wanita berkenaan merasakan terlalu sakit pada bahagian dada dan juga mengalami peluh yang teruk, doktor terpaksa menjalankan pemeriksaan X-ray keatas dirinya. Alangkah terkejutnya mereka apabila menemui benda asing pada bahagian kanan paru-paru wanita terbabit. Satu pembedahan terpaksa dijalankan bagi mengeluarkan objek berkenaan.

batuk tak henti selama 14 tahun rupanya ada tulang ayam tersekat

Selepas pembedahan, objek tersebut dikenalpasti sebagai bahagian tulang ayam yang berukuran 2 sentimeter yang dipercayai tersekat ketika wanita berkenaan masih kecil. Tulang tersebut juga mungkin masuk ke rongga peparu ketika wanita terbabit sedang batuk sewaktu sedang makan.

batuk tak henti selama 14 tahun rupanya ada tulang ayam tersekat

Sumber: Oddity Central

ERA Muzik Hit Terkini