Dua orang termasuk bayi berusia empat bulan dilaporkan maut akibat jerebu yang semakin buruk di Selatan Sumatera, Indonesia.

Advertisement
Memetik laporan Kompas, bayi kepada pasangan petani di kampung Talang Bulu, wilayah Banyuasin itu meninggal dunia kelmarin di Hospital Ar-Rashid, Palembang akibat mengalami masalah pernafasan yang teruk.
Satu lagi kes dilaporkan melibatkan seorang lelaki berusia 59 tahun yang tinggal di Pekanbaru juga maut di ladangnya yang diselubung asap tebal pada 25 Ogos lalu, seperti dilaporkan menerusi berita Republika.co.id.
Terdapat juga beberapa laporan membabitkan wanita hamil di kawasan terpencil di tengah Kalimantan mengalami kesukaran untuk dipindahkan ke tempat selamat.
Hasil semakan Indeks Kualiti Udara di Kalimantan menunjukkan bacaan bahaya pada bacaan 181.
