Seorang bayi berusia enam bulan menderita jangkitan herpes selepas dicium dan dipegang oleh orang ramai.

Oarlah, 6 bulan, menderita bintik-bintik merah dan putih pada muka dan kepalanya, termasuk pada bahagian mata kiri. Selain itu, bayi itu juga mengalami selesema.
Advertisement
Ibu kepada Oarlah pada mulanya menganggap ia hanya penyakit cacar air, sebelum mendapat rawatan doktor yang mengesahkan ia adalah herpes.

“Saya cuba melindungi anak saya, bagaimanapun dia masih terkena virus yang dahsyat ini.
"Orang menganggap saya paranoid apabila saya berkata saya tidak mahu sesiapa mencium Oarlah ketika dia dilahirkan, tetapi ia seolah-olah tidak berjaya," katanya menerusi laporan portal Mirror.
Oarlah mendapatkan rawatan segera dan bengkak di kepalanya susut selepas 24 jam dan keadaannya kini juga semakin baik.

Malah, ibunya juga menasihatkan orang ramai khasnya ibu agar sentiasa berjaga-jaga terhadap penjagaan anak kecil yang selama ini sering dipandang remeh.
Sumber: Mirror