Meskipun sudah banyak negara mula melonggarkan sekatan, perlu diingat yang wabak COVID-19 masih lagi belum tamat. Pelbagai peraturan dan SOP perlu diikuti bagi memastikan kesihatan dan keselamatan diri terjaga.
Menurut Tribunnews, seorang bayi berusia 40 hari dari Pamekasan, Indonesia dilaporkan maut selepas didapati positif COVID-19.
Advertisement

Dikatakan selepas ibunya selamat melahirkan bayi berkenaan, jiran dan saudara mara terdekat datang melawat keluarga tersebut di rumah. Seminggu kemudian, bayi berkenaan didapati demam, batuk dan juga sesak nafas.
Doktor yang merawat bayi berkenaan mendapati yang dia sudahpun dijangkiti wabak COVID-19 ketika berusia 28 hari. Bayi itu bagaimanapun tidak dapat diselamatkan selepas berusia 40 hari akibat kegagalan bernafas.
Hasil pemeriksaan juga mendapati kedua ibu bapa bayi tersebut negatif daripada COVID-19, menjadikan punca jangkitan adalah daripada tetamu yang datang melawat mereka dirumah.
Sumber: Tribunnews