Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selepas 13 Bulan Di Hospital, Bayi Pramatang Seberat Hampir Sebiji Epal Dibenarkan Pulang

Seorang wanita melahirkan bayi tidak cukup bulan pada 9 Jun 2020 mempunyai berat hampir seakan sebiji epal akhirnya diberi kebenaran keluar dari sebuah hospital di Singapura.

Bayi itu, Kwek Yu Xuan hanya seberat 212 gram dan 24 sentimeter panjang sahaja ketika dilahirkan di Hospital Universiti Nasional Singapura (NUS).

Advertisement

selepas 13 bulan di hospital, bayi pramatang seberat hampir sebiji epal dibenarkan pulang

Malah, bayi perempuan itu dilahirkan ketika berada dalam kandungan ibunya ketika berusia enam bulan.

Menurut The Straits Times, dia dipercayai sebagai bayi paling kecil di dunia yang masih hidup.

Sebelum ini, Pendaftaran Bayi Paling Kecil Universiti Iowa, Amerika Syarikat (AS) memaklumkan seorang bayi perempuan di AS memegang rekod sebagai yang terkecil di dunia apabila beratnya hanya 245 gram pada tahun 2018.

selepas 13 bulan di hospital, bayi pramatang seberat hampir sebiji epal dibenarkan pulang

Namun, Yu Xuan terpaksa berada di hospital selama 13 bulan untuk menjalani rawatan dan terpaksa bergantung dengan ventilator untuk bernafas kerana organnya tidak berfungsi sepenuhnya.

Kini, berat bayi perempuan itu sudah mencecah 6.3 kilogram dan dilaporkan stabil.

selepas 13 bulan di hospital, bayi pramatang seberat hampir sebiji epal dibenarkan pulang

Akibat masalah pra-eklampsia iaitu masalah yang dihadapinya ketika hamil, ibu Yu Xuan melahirkannya dengan kaedah pembedahan tiga bulan lebih awal daripada tempoh masa yang dijangka.

Menerusi kempen yang dijalankan, keluarga bayi itu dapat membayar kosnya di hospital apabila dapat mengumpulkan wang sebanyak S$366,884 (RM1.14 juta) ihsan daripada orang ramai.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini