Kerajaan hari ini memutuskan cadangan operasi e-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu dan pick up adalah tidak dibenarkan beroperasi.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sudah meneliti dan mendengar cadangan dari Kementerian Wilayah Persekutuan melalui DBKL mengenai cadangan melaksanakan bazar Ramadan dengan kaedah berkenaan.
Advertisement

"Mesyuarat hari ini telah memutuskan bahawa sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu (drive-through) serta tempah dan ambil (pack and pick) tidak dibenarkan sama sekali.
"Jadi, tiada isu lagi berkaitan dengan bazar ramadan atau e-iftar, ia tidak dibenarkan.
"Apa sahaja berbentuk bazar... walaupun ada e-hailing (tidak dibenarkan). Kalau kita wujudkan (benarkan) bazar misalnya, 50 bazar sekelompok dan e-hailing (pekerja penghantaran) datang untuk mengambil makanan tersebut (jadi ramai orang), ianya tidak boleh dilakukan... sebab itu saya sebutkan tadi, bazar tidak dibenarkan.
"Tetapi perniagaan e-hailing biasa yang sekarang sudah dilaksanakan dan hantar ke rumah... itu boleh diteruskan seperti biasa," ujarnya kepada pemberita menerusi satu sidang media siang tadi.
Sumber: Awani