Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bekas Diplomat Berpangkat Datuk Kantoi Tanam 100 Pokok Ganja Di Kediaman

Seorang bekas diplomat ditahan bersama anaknya apabila kantoi tanam kira-kira 100 pokok ganja yang ditemui di pekarangan rumah mereka di Janda Baik, Pahang.

Dia yang berusia 78 tahun itu ditemui selepas serbuan kira-kira jam 6 petang dibuat di kediaman mereka.

Advertisement

bekas diplomat berpangkat datuk kantoi tanam 100 pokok ganja di kediaman

Memetik laporan The Star, pihak berkuasa menahan mereka ketika satu serbuan dilakukan pada Sabtu, 21 Mei lalu manakala anak lelakinya yang berusia 53 tahun ditahan di Shah Alam pada Isnin, 23 Mei.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan kejadian ini ketika dihubungi.

bekas diplomat berpangkat datuk kantoi tanam 100 pokok ganja di kediaman

“Kami merampas pokok ganja dan beberapa barangan lain. Ketika ini, JSJN sedang menyiasat bagaimana suspek berjaya mendapatkan bekalan untuk menanam pokok ganja. Kami juga sedang menyiasat peranan yang dimainkan oleh kedua-dua lelaki dalam perkara ini,” katanya.

Malah, Ketua Polis Pahang Komisioner Datuk Ramli Mohamed Yoosuf juga dijangka akan memberikan kenyataan lanjut mengenai kes berkenaan.

Sumber: The Star, Oh Media!

ERA Muzik Hit Terkini