Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tinggikan Sedikit Bekas Makanan Kucing Demi Kesihatan Si Bulus Yang Lebih Baik

Ramai pemilik kucing tidak sedar bahawa tahap ketinggian bekas makanan kucing juga mempengaruhi tahap kesihatan haiwan perliharaan mereka itu.

tinggikan sedikit bekas makanan kucing demi kesihatan si bulus yang lebih baik

Bekas makanan kucing yang lebih tinggi dikatakan dapat membantu dalam proses penghadapan kucing yang lebih baik dan sihat.

Advertisement

Ia adalah kerana, kucing anda tidak juga perlu tunduk ketika sedang makan dan minum, sekaligus membantu mereka daripada menghadapi masalah tulang belakang ataupun pinggul.

tinggikan sedikit bekas makanan kucing demi kesihatan si bulus yang lebih baik

Selain itu, semakin tua kucing anda, semakin sukar untuk mereka membongkokkan badan seperti biasa kerana sendi serta otot mereka sudah tidak sekuat dahulu. Hal ini secara tidak langsung membuatkan mereka tidak selesa ketika makan dan kemungkinan tidak berselera makan.

Tambah lagi, apabila anda meletakkan bekas makanan kucing di tempat yang sedikit tinggi, anda akan sedar betapa mudahnya untuk menjaga kawasan makanannya. Jika diletakkan di lantai, bekas makanan akan mudah terdedah kepada kotoran atau semut yang menghurung makanan kucing anda.

Sumber: Verst

ERA Muzik Hit Terkini