Virus korona atau kini dikenali dengan nama COVID-19 telah merebak ke 108 negara seluruh dunia dengan lebih 110 ribu kes positif dan 3,825 mangsa telah meninggal dunia.

Pelbagai cara digunakan bagi membendung penularan wabak ini, seperti menghalang kemasukkan pelancong dari negara yang dijangkiti, membuat pembersihan setempat dan juga menggalakkan orang ramai memakai topeng penutup mulut dan juga hand sanitiser.
Advertisement
Selain itu, banyak juga syarikat gergasi dunia seperti Amazon, Facebook, Google dan Microsoft telah membenarkan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah, selepas beberapa orang staf mereka dilaporkan juga dijangkiti wabak Covid-19.

Beberapa orang pekerja dari syarikat-syarikat gergasi yang berpangkalan di California Bay dan Seattle ini dilaporkan positif Covid-19, menyebabkan pihak syarikat membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah sehinggalah akhir bulan Mac. Malah, mesyuarat juga diadakan secara atas talian sahaja.
Setakat artikel ini ditulis, negara Itali mencatatkan jumlah kes tertinggi bagi negara Eropah dengan 7,375 kes positif dan 366 kematian akibat dijangkiti Covid-19.

Sumber: Elite Readers