Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Disangka Batu Meteor, Beli Dengan Harga Hampir RM1 Juta, Tapi Rupanya ...

Seorang lelaki dari Vietnam kerugian hampir RM1 juta apabila membeli sebiji batu yang didakwa batu angkasa.

disangka batu meteor, beli dengan harga hampir rm1 juta, tapi rupanya ...

Truong Van Son, 49 dan isterinya Dang Thi Nga, 45 telah ditahan pihak berkuasa atas kesalahan menipu kerana menjual batu angkasa, tapi sebenarnya hanyalah tanah liat yang dicat.

Advertisement

Pasangan berkenaan didakwa mengecat tanah liat berkenaan dengan warna hitam sebelum menjual kepada orang ramai dengan menyatakan ia adalah batu meteor daripada angkasa.

Malah ketika batu itu diserahkan kepada pembeli, satu upacara khas perlu diadakan supaya 'kuasa' batu itu dapat diberikan kepada pemilik barunya.

disangka batu meteor, beli dengan harga hampir rm1 juta, tapi rupanya ...

Bagi menyakinkan pembeli, batu berkenaan juga diletakkan dalam air dan ia terapung, kononnya disebabkan kuasa yang ada pada batu terbabit.

Batu berkenaan akhirnya dijual pada harga 5.2 juta Vietnam dong, iaitu kira-kira RM955,790 dalam sebuah bekas khas kepada seorang lelaki yang berasal dari Saigon, Vietnam.

Lelaki berkenaan melaporkan kepada pihak berkuasa selepas sedar merasakan tertipu dengan batu yang dijual pasangan berkenaan.

Sumber: VN Express

ERA Muzik Hit Terkini