Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Maksimum 10 Peratus Boleh Kerja Di Pejabat, Terhad 4 Jam, 3 Hari Seminggu

Ekoran daripada pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di KL, Putrajaya, Selangor dan Sabah, Kerajaan akhirnya bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja di peringkat pengurusan dan penyeliaan untuk berada di pejabat.

maksimum 10 peratus boleh kerja di pejabat, terhad 4 jam, 3 hari seminggu

Industri yang terlibat merangkumi perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT.

Advertisement

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), pekerja hanya dibenarkan berada di pejabat terhad untuk 4 jam sahaja, bermula 10 pagi sehingga 2 petang, untuk tiga hari seminggu sepanjang PKPB dilaksanakan.

Ia adalah bagi mengambil kira keperluan pihak industri dan syarikat-syarikat tidak perlu mengemukakan permohonan sebaliknya hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja.

Menurut pangkalan data, terdapat 3.1 juta orang pekerja yang berdaftar dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan di Sabah, Labuan, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, dimana 25 peratus daripadanya adalah pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan.

Pada Selasa, MKN mengarahkan semua pekerja sektor awam dan swasta peringkat pengurusan serta pentadbiran dalam kawasan PKPB bekerja di rumah mulai 22 Oktober.

Sumber: Astro AWANI

ERA Muzik Hit Terkini