Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Berapa Banyak Dinosaur Popular Ni Yang Korang Kenal?

berapa banyak dinosaur popular ni yang korang kenal?

Kredit: Disney, Pinkfong dan Nintendo

Kalau sebut je dinosaur, automatik kita akan terbayang T-Rex yang besar dan scary, walaupun sebenarnya ada banyak lagi jenis dinosaur yang lain. Bagi peminat dinosaur, berapa banyak watak dinosaur yang korang tau?

Cuba tengok mana satu di antara lima dinosaur popular ni yang korang kenal:

#1 Rexy

Macam pernah nampak je? Night At The Museum

Dinosaur yang tinggal tulang-belulang ni mula-mula macam ganas, tapi rupa-rupanya manja macam anak anjing dan suka main fetch dengan Larry!

#2 T-Rex

Macam pernah nampak je? Jurassic Park

Takutnya kena kejar dengan dia ni. Dahlah laju, tajam pulak tu gigi taring dia!

#3 Rex

Macam pernah nampak je? Toy Story

Rex ni memang kelakar, sesuai dengan riak muka dia. Kesian Rex sebab nak buat orang takut dengan dia tapi tak menjadi.

#4 Yoshi

Macam pernah nampak je? Super Mario

Teman setia kepada Mario dan Luigi dalam pengembaraan mereka menyelamatkan Princess Peach dari Bowser ni memang comel sangat! Dah lah kuat makan. Semua musuh yang ada dia makan!

#5 Tyrannosaurus-Rex

Kenal tak dia ni siapa? Tyrannosaurus-Rex ni dicipta oleh pencipta “Baby Shark”, dan dia pun ada lagu dia sendiri yang sama catchy.

Bukan tu je, si dinosaur merah ni pun ada jenama ais krim dia sendiri tau.

berapa banyak dinosaur popular ni yang korang kenal?

berapa banyak dinosaur popular ni yang korang kenal?

Dengan bentuk dinosaur T-Rex, rasa melon dan oren yang menyegarkan, serta warnanya yang memikat dan dibuat dari tumbuhan, ais krim ni memang mantap!

Ais krim ni dah pun dilancarkan kepada orang ramai di Sunway Pyramid pada 8 – 11 Ogos yang lalu.

berapa banyak dinosaur popular ni yang korang kenal?

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik macam sesi mewarna, sesi bergambar dengan maskot T-Rex, Pinkfong, Baby Shark, dan permainan yang menyeronokkan dengan hadiah yang best! Di majlis ni, sebanyak 10,000 batang ais krim T-Rex telah berjaya dijual!

Wow, mesti sedap gila ais krim ni! Jom cuba sebatang dan dapatkannya dari peti ais Nestlé Ice Cream yang terdekat hari ni! Korang juga boleh beli Pinkfong T-REX Ice Lolly ni di Shopee!

ERA Muzik Hit Terkini