Gara-gara perintah berkurung yang dikenakan keatas negara China, seorang lelaki dari Wuhan kini mengalami pertambahan berat badan sebanyak 102 kilogram dalam tempoh lima bulan.

Zhou dilaporkan terpaksa dibawa ke hospital menaiki ambulans pada awal bulan lalu selepas jatuh sakit akibat pertambahan berat badan mendadak dan kini mencecah 297 kilogram.
Advertisement

Beliau yang bekerja disebuah kafe internet mula duduk dirumah sebagai langkah berjaga-jaga daripada dijangkiti wabak COVID-19, sejak akhir Januari lalu.



Lelaki itu juga bergelut dengan masalah berat badan dan pernah mencuba pelbagai cara bagi mengatasi masalah itu namun masih tidak berjaya.
Sumber: Inside Id