Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pasangan Kentut Hadapan Satu Sama Lain Tanda Hubungan Jujur Dan Saling Percaya

Tahu tak manusia normal akan membuang angin ataupun kentut sebanyak purata 14 kali sehari. Tak percaya? Boleh la lepas ni kira ya. Tapi betul la mesti ada masa yang terdetik dalam hati, "malunya nak kentut depan pasangan" sebab kalau boleh kita sentiasa nak kelihatan sempurna di mata mereka.

pasangan kentut hadapan satu sama lain tanda hubungan jujur dan saling percaya

Gigih lah menahan kentut atau cari tempat lain yang jauh dari pasangan. Tapi ada satu kajian ni menarik tau, ia menyatakan rupa-rupanya kentut depan pasangan mampu mengeratkan lagi hubungan dengan pasangan.

Advertisement

Menurut ahli terapi kekeluargaan, Gary Brown, pasangan yang saling menunjukkan sisi memalukan diri mereka mampu hidup bersama dengan bahagia dan mempunyai hubungan yang sihat.

pasangan kentut hadapan satu sama lain tanda hubungan jujur dan saling percaya

Sebenarnya, menahan kentut ni boleh menyebabkan nafas kita berbau. Ini disebabkan ia akan masuk ke saluran darah. Haaaa, bau mulut rasanya lebih parah berbanding bau kentut yang busuknya sekejap saja.

Pakar perhubungan, Cynthia Powell juga menyokong hal ini dengan menyatakan pasangan yang kentut di hadapan satu sama lain ini telah berada dalam perhubungan yang saling percaya, jujur dan bersikap terbuka terhadap diri masing-masing.

Jadi tidak perlu dah nak malu-malu dengan pasangan sendiri ok?

Sumber: Buzznick

ERA Muzik Hit Terkini