Skip to main content

Advertisement

Hiburan

''Berdosa Jika Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan,'' - Mufti

Tidak patuh dan ingkar pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan merupakan satu dosa dan pelakunya boleh dikatakan melakukan maksiat.

Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, wabak COVID-19 ini telah mengorbankan ribuan nyawa membawa kepada arahan PKP bermula 18 Mac lalu sehingga 14 April depan bertujuan bagi mengelakkan terkena jangkitan.

Advertisement

Tambahnya lagi, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menitahkan solat Jumaat dan solat fardu tidak diadakan di masjid buat sementara waktu, dan hanya tiga pegawai masjid dibenarkan berjemaah bagi memelihara syiar Islam.

"Bagaimanapun masih ada masyarakat Islam di negeri ini masih meneruskan solat berjemaah di masjid, surau diri Jumaat dan surau tanpa menghiraukan arahan pihak berkuasa.

"Saya menegaskan bahawa keingkaran secara sedar dan sengaja terhadap arahan pemerintah merupakan satu dosa malah pelakunya dikira melakukan maksiat berdasarkan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nisa ayat 59," katanya menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik menerusi Facebook Jabatan Mufti Perak, semalam.

Jelas beliau lagi, halangan untuk umat Islam melaksanakan solat fardu secara berjemaah di masjid dan surau kerana musibah seperti wabak, boleh diklasifikasikan sebagai keuzuran syarie.

Sumber: Sinar Harian / Facebook Mufti Perak

ERA Muzik Hit Terkini