Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Nekad Berhenti Merokok Berjaya Simpan Duit Bawa Isteri Anak Bercuti

lelaki nekad berhenti merokok berjaya simpan duit bawa isteri anak bercuti

Sepasang suami isteri dari Taiwan telah berkongsi kisah si suami yang nekad berhenti merokok di Facebook dan mendapat perhatian orang ramai.

Advertisement

Kisah bermula apabila anak pertama pasangan ini baru sahaja dilahirkan dan si suami nekad untuk berhenti merokok kerana sayangkan nyawa isteri dan anaknya. Malah, si suami mahu anaknya menjadikan dirinya sebagai role model.

“Saya pernah sanggup simpan duit untuk membeli rokok. Setiap kali ingin merokok, saya akan simpan NT$50 (kira-kira RM6). Sekarang, saya masih simpan NT$50 setiap kali rasa teringin, walaupun tidak lagi merokok”, kata suami berkenaan.

lelaki nekad berhenti merokok berjaya simpan duit bawa isteri anak bercuti

Beliau telah berkongsi foto duit syiling yang berjaya dikumpulkan sejak daripada berhenti merokok dan sehingga kini berjaya mengumpulkan sejumlah NT$60,000 (kira-kira RM7,900)!

lelaki nekad berhenti merokok berjaya simpan duit bawa isteri anak bercuti

Tambah lagi, beliau bukan sahaja boleh membawa isteri dan anak pergi bercuti, malah kesihatannya juga menjadi semakin baik.

Sumber: China Press

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini