Meskipun kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak 18 Mac sehingga 31 Mac, masih ada yang berdegil dan mengendahkan arahan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, antara alasan yang diberikan orang ramai kepada anggota polis adalah seperti ''Hantar barang, beli makanan segera, ada kerja sikit dan ada hal".
Advertisement
Operasi yang dijalankan oleh anggota polis bermula malam semalam adalah berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Buat masa ini, pihak polis masih menggunakan kaedah nasihat, namun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk menahan mereka yang masih berdegil dengan arahan yang diberikan.
Terdahulu, Polis Selangor telah menjalankan operasi besar-besaran mulai malam semalam, melibatkan 16 daerah di negeri ini.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Awani