Penularan berita palsu menjadi satu kebimbangan buat ramai pihak takkala pada musim wabak COVID-19 ini.
Antara berita palsu yang kini tular di media sosial ialah teori minum air panas atau air suam dapat menghapuskan virus COVID-19.
Advertisement

Menurut berita palsu itu, air akan membantu untuk menolak virus dari kerongkong terus ke dalam perut. Seterusnya virus dikatakan akan mati diperut kerana adanya asid hidroklorik.

Namun menurut Dr. Rafidah Abdullah, tiada istilah minum air setiap 15 minit yang mampu melawan kehadiran COVID-19 ini. Ini adalah kerana, ketika virus masuk kedalam rongga dan sel, virus akan replikasi dengan cepat.

Tambah lagi, COVID-19 ini juga mampu untuk hidup dalam permukaan berbeza sehingga ke-9 hari lamanya. Malah kajian juga menunjukkan, virus COVID-19 ini boleh bertahan sehingga 3 jam ketika di udara.
COVID19 🦠 ini mungkin berada di atas permukaan sehingga 9 hari.
— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) March 21, 2020
Sebab itu kita disarankan basuh tangan atau hand sanitizer konsentrasi alkohol lebih 60 %.
Jadi, bila kita terpegang, risiko tangan kita membawa virus itu masuk dalam sel-sel badan melalui rongga dikurangkan. pic.twitter.com/89ncBvtksW
Bila dah masuk rongga dan sel-sel, ianya akan replikasi dengan cepatnya.
— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) March 21, 2020
Sebab itu, samada 🦠 turun ke perut atau tidak, ianya tidak ada kelainan pun.
Acid perut tidak membunuh 🦠 tersebut.
Dan COVID19 juga ada dijumpai dari najis kita. Artikel ini baru, tapi mungkin boleh memberi indikasi awal yang virus ini boleh dijumpai di dalam usus kita. Tidak dibunuh oleh asid perut. pic.twitter.com/i53V3i9m55
— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) March 21, 2020
Sebelum ini kami juga pernah melaporkan berita kononnya minum cecair pencuci kuman boleh menghapuskan kehadiran COVID-19, sehingga menyebabkan beberapa mangsa maut.

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Twitter