Wabak koronavirus (COVID-19) yang melanda kini di 115 negara seluruh dunia telah menyebabkab lebih 118 ribu orang dilaporkan positif, manakala lebih 4 ribu maut.

Pelbagai kaedah digunakan bagi mengekang penularan wabak ini seperti mencuci tangan dengan sabun dan hand sanitiser beralkohol, serta memakai topeng penutup mulut ketika berada ditempat awam.
Advertisement
Namun begitu, banyak laporan dan berita palsu mula tular dilaman sosial, sehingga menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat. Antaranya, di Iran terdapat berita kononnya dengan meminum cecair alkohol mampu mengelakkan diri dari terkena wabak COVID-19.

Akibat daripada penularan berita palsu itu, 27 kematian telah dicatatkan dan lebih 200 individu kini berada dalam unit rawatan berikutan daripada keracunan alkohol. Ada juga mangsa yang kini hilang penglihatan kerana dikatakan mencuci mata dengan cecair alkohol terbabit.
Ini pentingnya memastikan informasi yang disebarkan adalah tepat dan betul. Jangan sesekali anda sebarkan berita palsu sebarangan.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: ABC News