Skip to main content

Advertisement

Hiburan

bermula 11 mei tiada lagi walk in untuk urusan renew passport

bermula 11 mei, tiada lagi walk in untuk urusan renew passport

Bermula 11 Mei, urusan untuk memperbaharui passport hanya boleh dilakukan secara online sahaja kecuali untuk permohonan kali pertama, warga emas, OKU, kanak-kanak, kes kehilangan dan kerosakan sahaja boleh dibuat secara walk in.

Advertisement

Berikut adalah cara-cara untuk memperbaharui passport secara online yang dikongsikan oleh -pengguna twitter @anisssurayaa

1. Buka portal ini >> https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?fbclid=IwAR2PVBit5daD-BL96kIeBWt9_xMue-0-vzCqPgnQ9uqyqJeu6xJ4H8D60cE

2. Klik 'SETUJU' selepas baca Terma & Syarat

bermula 11 mei, tiada lagi walk in untuk urusan renew passport

3. Isi semua maklumat. Nak senang korang ready siap siap passport lama tu senang nak refer

bermula 11 mei, tiada lagi walk in untuk urusan renew passport

4. Nanti ada senarai pejabat yang korang boleh pilih untuk ambil passport. Bila korang boleh pickup passport tu? Tu nanti sistem akan tentukan based on hari & masa korang renew. If korang renew before pukul 3 petang hari bekerja, boleh dapat dalam hari yang sama.

5. Upload gambar ikut kriteria yang ditetapkan:

- Background wajib colour putih

- Pakaian colour gelap

- Untuk perempuan bertudung, wajib pakai tudung colour gelap

- Upload softcopy ya. Jangan guna gambar polaroid)

bermula 11 mei, tiada lagi walk in untuk urusan renew passport

6. Buat pembayaran guna credit card/direct debit (FPX)

- Permohonan Biasa (13 - 59 tahun): RM200

- Warga Emas (60 tahun ke atas): RM100 Make sure simpan resit!

7. Untuk urusan pengambilan passport, korang yang kena pegi ambil sendiri ya. Tak boleh wakil! Nanti kena tunjuk IC, passport lama & resit payment. Untuk pemohon bawah 18 tahun, kena pickup bersama penjaga & bawak sijil lahir.

Sumber twitter @anisssurayaa

ERA Muzik Hit Terkini