Beruang liar sering menjadi simbol ketakutan ramai kerana mampu memburu dengan taring dan giginya yang tajam.
Namun siapa sangka, disebalik perwatakkannya itu, ada sisi comel yang cukup menghiburkan.
Advertisement

Memetik laporan dari Daily Mail, seekor beruang jenis grizzly telah dirakamkan meniarap dalam air dengan kakinya terjulur ke belakang, menjadi perhatian ramai.

Mana tidaknya, beruang itu menyelamkan sedikit mulut dan hidungnya ke dalam air dan menghembus nafas untuk menghasilkan buih.

Tak cukup dengan sekali, beruang itu melakukannya ‘eksperimen’ berkenaan berulang kali dengan kedudukan berbeza.
Comel gila!
Sumber: Daily Mail