Jumlah kes COVID-19 di seluruh negara Tanzania telah meningkat dengan mendadak sejak kebelakangan ini.

Peningkatan mendadak jumlah ini telah membuatkan presiden negara tersebut, John Magufuli mempersoalkan situasi dan meminta satu siasatan dijalankan.
Advertisement

Situasi yang dialami negara itu juga mendapat kritikan pembangkang yang menganggap kerajaan menyembunyikan data sebenar.
Tambah rasa curiga, biri-biri dan buah betik juga disahkan positif COVID-19 selepas satu ujian rambang ke atas sampel bukan manusia dijalankan.
Sampel itu diuji dengan meletakkan nama manusia berserta usia palsu tanpa diketahui oleh kakitangan makmal.
Hasilnya ujian mendapati, kedua-dua sampel betik dan kambing biri-biri disahkan positif COVID-19, membuatkan presiden Tanzania meragui kesahihan data yang diperolehi selama ini.
Ekoran daripada itu, beliau mengarahkan pasukan keselamatan Tanzania menjalankan pemeriksaan keatas kualiti kit ujian yang digunakan.
Dalam perkembangan lain, Magufuli mengumumkan telah menempah tempahan herba yang dikenali sebagai COVID Organic, dihasilkan daripada pelbagai tumbuhan di kepulauan Madagascar, bagi memberikan penawar kepada mereka yang positif COVID-19.
Sumber: Al-Jazeera