
Sumber: Harian Metro
Advertisement
Berapa sangatlah bil elektrik rumah kan ? Kemungkinan bila rumah yang besar, lampu banyak, air cond banyak mencecah ribuan ringgit sebulan. Tapi untuk sebuah rumah biasa bil elektriknya mencecah jutaan atau trilion ringgit, itu sesuatu yang agak mustahil terjadi.
Bagaimanapun, di Pennsylvania, Amerika Syarikat, seorang wanita terkejut apabila melihat bil elektriknya secara online sebanyak RM 1.16 juta ( AS$284 bilion ).
Mary Horomanski, 58, berkata, “Mata saya seperti hendak tercabut keluar melihat jumlah dalam bil yang dikeluarkan syarikat pembekal elektrik, Penelec.
“Kami baru memasang lampu Krismas dan saya tertanya-tanya kemungkinan kami tersilap pasang menyebabkan bil elektrik setinggi itu.”
Mary segera menghubungi anaknya dan anaknya mengubungi syarikat bekalan elektrik tersebut. Rupanya berlaku satu kesilapan teknikal. Jumlah sebenar yang perlu dibayar olehnya adalah RM 1,160 sahaja.
