Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Saintis Dapati Kromosom Y Makin Kurang, Risau Bilangan Lelaki Semakin Tiada

Jantina lelaki dan perempuan ditentukan menerusi kehadiran kromosom Y, dimana XY adalah lelaki, manakala XX adalah perempuan.

saintis dapati kromosom y makin kurang, risau bilangan lelaki semakin tiada

Namun begitu, kajian oleh sekumpulan saintis yang diketuai oleh Jennifer Graves daripada La Trobe University di Melbourne mendapati, bilangan kromosom Y ketika ini semakin berkurangan, menyebabkan bilangan lelaki didunia juga semakin sedikit.

Advertisement

Dilaporkan daripada 1,000 gen kromosom X, hanya 45 daripadanya adalah kromosom Y, dan masalah ini dikenali sebagai mutasi genetik.

saintis dapati kromosom y makin kurang, risau bilangan lelaki semakin tiada

Graves juga melaporkan, kira-kira 166 juta tahun yang lalu, kromosom Y mempunyai bilangan yang sama banyaknya dengan kromosom X, iaitu sekitar 1,669 bilangannya.

Namun, kadar kehilangan kromosom Y semakin berkurang pada bilangan 10 gen tiap sejuta tahun, dan kini hanya tinggal pada nisbah 45 gen Y pada 1,000 bilangan gen X.

Jika kadar ini bersifar malar, bilangan gen Y ini juga dijangka akan hilang sepenuhnya pada 4.5 juta tahun akan datang.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini