Skip to main content

Advertisement

Hiburan

5 Bulan Kurung Dalam Bilik Sebab Putus Cinta, Netizen Terkejut Lihat Bilik Gadis Ini

Putus cinta adalah salah satu saat yang menyakitkan dalam hidup. Malah, ada sebilangan orang yang sangat kecewa kerana masalah yang satu ini.

Seperti gadis ini, gara-gara putus cinta, beliau nekad mengurungkan dirinya dalam sebuah bilik selama berbulan-bulan.

Advertisement

5 bulan kurung dalam bilik sebab putus cinta, netizen terkejut lihat bilik gadis ini

Kisah seorang gadis dari China ini tiba-tiba menjadi tumpuan netizen setelah gambar keadaan biliknya tersebar luas.

Setelah 5 bulan mengurung diri dalam sebuah bilik, keadaan bilik gadis ini menjadi sangat tidak kemas. Lebih kurang seperti tempat pelupusan sampah. Longgokan tisu dan bekas makanan segera yang digunakan memenuhi segenap ruangan bilik.

Keadaan ini terbongkar selepas pemilik bilik yang disewa itu curiga kerana gadis itu sudah beberapa bulan tidak keluar dari biliknya. Dia akhirnya menghubungi polis.

Dan setelah memeriksa, pemilik dan pegawai polis yang tiba terkejut apabila mendapati bilik gadis itu dalam keadaan sangat tidak kemas.

Tambah lagi, gadis itu kelihatan hanya termenung serta mengabaikan orang yang datang. Diduga dia mengalami gangguan psikologi akibat putus cinta.

Pemilik penginapan segera menghubungi petugas kebersihan dan berusaha membantu gadis itu keluar daripada bilik berkenaan.

ERA Muzik Hit Terkini