Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hotel Buat Tawaran Baru, Bilik Tanpa Dinding Dengan View Kaki Gunung

Sebuah hotel di Switzerland kini membenarkan anda menginap di bilik tanpa dinding, dengan pemandangan 360 darjah di Pergunungan Swiss Alps.

hotel buat tawaran baru, bilik tanpa dinding dengan view kaki gunung

Zero Real Estate yang bertanggungjawab mengilhamkan idea bilik hotel tanpa dinding ini pada tahun 2009 dan ketika pemiliknya, Daniel Charbonnier melihat idea berkenaan, dia menyedari bahawa pengalaman itulah yang dicari oleh banyak orang.

Advertisement

hotel buat tawaran baru, bilik tanpa dinding dengan view kaki gunung

Bercakap dengan Insider, dia berkata: "Di seluruh segmen hotel, dari berkhemah hingga bilik dua bintang kepada bilik seindah istana, saya merasakan sistem nilai untuk para tetamu beralih dari aspek yang nyata ke pengalaman dan aspek tidak ketara."

hotel buat tawaran baru, bilik tanpa dinding dengan view kaki gunung

Dengan harga permulaan £20 semalam (kira-kira RM95.89), para tetamu boleh menginap di salah satu dari 14 katil yang disediakan ketika itu hanya dikawasan padang terbuka. Namun Daniel terkejut dan tidak menyangka para tetamu bersedia untuk membayar lebih bagi merasai pengalaman bilik tanpa dinding itu.

Pada tahun 2016, mereka membuka lebih banyak hotel terbuka, yang terletak 6,463 kaki di atas permukaan laut, di Pergunungan Swiss Alps.

hotel buat tawaran baru, bilik tanpa dinding dengan view kaki gunung

Terdapat sejumlah tujuh tempat tidur di lokasi yang berlainan di Switzerland, yang berharga sekitar £251 (kira-kira RM1,203) setiap malam. Pada hari pertama mereka mula menjual pakej hotel ini, kesemua bilik habis terjual sepanjang tahun 2020, dengan 9,000 orang berada dalam senarai menunggu.

hotel buat tawaran baru, bilik tanpa dinding dengan view kaki gunung

Bilik-bilik ini akan diuruskan oleh penduduk setempat yang dilatih sebagai 'butler modern', untuk membuat persiapan tempat tidur sekiranya ada angin kencang, selain membawa makanan kepada tetamu. Sekiranya hujan, para tetamu akan dibawa ke bilik sementara di dalam rumah yang disediakan.

Sumber: Zero Real Estate

ERA Muzik Hit Terkini