Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penduduk Kampung Bersatu Hati Bina Gorila Gergasi Untuk Halau COVID-19

Penduduk kampung di Chikuzen, Fukuoka, Jepun telah membina sebuah patung gorila gergasi bagi menghalau dan menakutkan virus COVID-19.

penduduk kampung bina gorila gergasi untuk halau covid-19

Advertisement

Mempunyai ketinggian 23 kaki, patung gorila itu dibina menggunakan jerami dan besi sebagai rangka. Ia mempunyai mata merah yang boleh menyala pada waktu gelap dan juga dikenali sebagai ‘Giant Straw Scarecrow Gorilla: Proud Gorilla 2020’.

penduduk kampung bina gorila gergasi untuk halau covid-19

Sejak ia mula disiapkan pada Disember tahun lalu, patung orang-orang gergasi itu telah menjadi tarikan pelancong yang mana ia menarik kehadiran ramai pengunjung ke kampung berkenaan bagi melihat dengan lebih dekat patung berkenaan.

penduduk kampung bina gorila gergasi untuk halau covid-19

Menurut laporan dari Japan Today, penduduk tempatan memutuskan untuk membina patung berkenaan sebagai kepercayaan mereka dalam usaha menangkal wabak berjangkit ini daripada merebak dalam masyarakat.

penduduk kampung bina gorila gergasi untuk halau covid-19

"Gorila dipilih sebagai simbol kekuatan dan kekuatan dalam menghadapi pandemik koronavirus yang berpanjangan,” katanya.

Patung gorila itu bagaimanapun akan diturunkan sehingga hujung bulan ini.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini