Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kubur Dibina Tepi Jalan Elak Orang Buang Sampah Merata-rata

Satu binaan kubur telah dibina ditepi jalan bagi mengelakkan orang ramai membuang sampah di Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu.

kubur dibina tepi jalan elak orang buang sampah merata-rata

Advertisement

Menerusi akaun Facebook Man Fazli, tindakan itu mendapat pujian ramai yang menyifatkan ia satu tidakan berani dan bijak.

kubur dibina tepi jalan elak orang buang sampah merata-rata

"Bijak sungguh idea yang tukang buat ni, bersih terus. Dengar-dengar lokasi kat 'area' kampung Panji Alam," tulisnya.

kubur dibina tepi jalan elak orang buang sampah merata-rata

Man juga telah berkongsi foto sebelum dan selepas pembinaan kubur itu yang menunjukkan penduduk tidak lagi membuang sampah selepas kubur siap dibina.

Kubur berkenaan yang lengkap dengan batu nisan telah mengejutkan orang ramai dan rata-rata memuji usaha bagi mengelakkan orang ramai membuang sampah merata-rata.

kubur dibina tepi jalan elak orang buang sampah merata-rata

Sumber: Facebook Man Fazli

ERA Muzik Hit Terkini