Sekumpulan saintis dengan kerjasama penternak biri-biri di New Zealand kini dalam cubaan mencipta dan membiakkan baka biri-biri yang lebih mesra alam, yang kurang mengeluarkan gas metana.

Kajian tersebut dijalankan dalam usaha mengatasi perubahan iklim dunia kerana gas yang dibebaskan adalah salah satu penyebab utama kesan rumah hijau.
Advertisement



Penyelidik Britain itu menempatkan sekumpulan biri-biri dalam ruang pengumpulan pelepasan gas metana yang dibina khas, atau lebih dikenali sebagai ‘ruang kentut’. Keputusan semasa menunjukkan penurunan kadar pelepasan gas bagi tiga generasi biri-biri, sehingga 40 peratus daripada jumlah biasa.

Sumber: Dailymail
