Apakah perasaan anda sekiranya anda ingin melakukan kejutan hari jadi, namun melihat sendiri pasangan anda bersama orang lain?
Itu yang terjadi pada lelaki ini apabila beliau yang sedang dalam perancangan untuk membuat kejutan hari lahir dan sedang membawa sejambak bunga bersama, namun tidak menduga apabila melihat teman wanitanya berpelukkan bersama lelaki lain.
Advertisement

Foto yang tular dilaman Twitter itu jelas menunjukkan riak wajah lelaki ini sedih takkala sedang memegang sejambak bunga sambil melihat sendiri kekasihnya bersama orang lain.

“Hari ini hari lahir teman wanita saya, jadi saya ingin membuat kejutan padanya. Tidak sangka pula ini yang saya lihat”, tulis lelaki ini pada ruangan kapsyen.
原本想给生日的女友一个惊喜 pic.twitter.com/hqfN0l4eng
— Ken Wong (@KenWong_) June 4, 2019
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap lelaki ini dan ada juga yang beranggapan teman wanitanya itu hanya bersama kawannya sahaja.
Sumber: Twitter @KenWong_
